Bocor maklumat kepada sindiket, 4 penguat kuasa ditahan

Empat anggota penguat kuasa agensi kerajaan ditahan kerana disyaki membocorkan maklumat lokasi penyimpanan minuman keras yang dirampas, Khamis lalu.

Keempat-empat anggota penguat kuasa berusia 25 hingga 49 tahun itu ditahan selepas disyaki memberi maklumat kepada satu sindiket samun.

Selain itu, dua lagi individu turut ditahan kerana melakukan samun minuman keras di Dengkil.

Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Lazim, berkata siasatan mendapati tiga lelaki menaiki sebuah lori memasuki tempat simpanan terbabit pada 2.30 pagi.

“Suspek mengikat pengawal keselamatan sebelum memunggah minuman keras yang berada dalam sebuah lori di tempat simpanan itu dalam lori yang dibawa mereka.

“Compositions pemunggahan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum suspek membawa keluar barang kes berkenaan pada 5 pagi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mazlan berkata, bertindak atas laporan, sepasukan polis menjalankan siasatan dan mendapat maklumat mengenai pembabitan orang dalam.

“Hasil pemeriksaan terhadap mereka yang ditahan itu menemui dadah jenis pil Captagon seberat 2kg, pil Erimin 5 (47 biji) dan kokain (4.9g) yang keseluruhannya berjumlah RM559,899.

“Selain itu, polis turut menemui penimbang elektronik, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM111,100 dalam kenderaan penguat kuasa terbabit,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudian berjaya menahan dua lelaki lain, iaitu pemandu dan kelindan lori serta merampas sebuah lori di tepi jalan di Shah Alam, pada hari sama.

Menurutnya, pemeriksaan dalam lori berkenaan menemui 234 kotak minuman keras disyaki dilarikan dari tempat barang kes.

Katanya, semua suspek direman enam hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis kini giat mengesan seorang lagi suspek disyaki dalang utama kejadian itu yang masih bebas,” katanya.

Check Also

PJ lad goes for goals on the field and in life

Darshen Ganasen consistently had an energy for football growing up. From playing in school with …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *